|
Article on other languages:
|
3 Disember merupakan hari ke-337 (hari ke-338 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 28 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 1854 - Pelombong-pelombong di Kubu Eureka bertempur ganas dengan polis dan tentera di Ballarat, Victoria, Australia.
- 1904 - Satelit semula jadi Musytari Himalia ditemui oleh Charles Dillon Perrine di Balai Cerap Lick di San Jose, California, A.S.
- 1937 - Terbitan pertama The Dandy, siri komik yang paling lama di dunia, mula dijual.
- 1967 - Pasukan yang diketuai oleh Christiaan Barnard di Hospital Groote Schuur, Cape Town, Afrika Selatan, menjalankan pemindahan jantung manusia pertama yang berjaya.
- 1984 - Bencana gas Bhopal: Pembebasan metil isosianida akibat kemalangan di Bhopal, India, menyebabkan sekurang-kurangnya 18,000 kematian dalam salah satu bencana perindustrian yang paling teruk di dunia.
- 1999 - Mars Polar Lander (gambar) tiba di Marikh dan hilang.
Kelahiran
|