Buluh

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Bambusa
Spesies: B. sp.


Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buluh, antaranya adalah:-

  1. buluh akar
  2. buluh batu/tumpat
  3. buluh betung
  4. buluh cina
  5. buluh duri
  6. buluh gading
  7. buluh kasap
  8. buluh minyak/padang
  9. buluh peleting
  10. buluh perindu
  11. buluh sembilang
  12. Buluh lemang

Gunaan Buluh

Di Indonesia, semasa penjajahan Belanda yang kejam dan zalim, pemuda-pemuda Indonesia meruncingkan buluh untuk dijadikan senjata.

Peribahasa

Betung mendapat tempat dalam peribahasa Melayu. Antara peribahasa yang melibatkan betung adalah :-

Bil. Peribahasa Maksud
1 . Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
betung = sebangsa buluh besar.
Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing.
2 . Alah di rumpun betung. Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.
3 . Aur ditanam betung tumbuh. Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.
4 . Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.
5 . Bagai membelah betung.
(Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).
Pendirian yang berat sebelah.
6 . Berteduh di bawah betung. Mendapat pertolongan yang tidak memadai.
7 . Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.
8 . Betung ditanam aur tumbuh. Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.
9 . Macam betung seruas. Terlalu jujur; lurus hati.
10 . Memijakkan betung sebelah.
(Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung).
Pendidikan yang berat sebelah.

Lihat juga

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.