|
Article on other languages:
|
Untuk kegunaan lain, sila lihat: Gram (nyahkekaburan).
Tutup pen BIC, kira-kira 1 gram.
Gram (bahasa Greek/Latin: grámma), dengan simbol g, ialah unit jisim. Pada asalnya ditakrifkan sebagai "berat mutlak untuk air tulen yang sama dengan kuasa tiga satu perseratus meter pada suhu ais mencair" [1] (kemudiannya 4 °C), satu gram kini ditakrifkan sebagai satu perseribu kilogram, unit asas SI, atau 1×10−3 kg yang pada dirinya ditakrifkan sebagai sama dengan jisim sebuah prototaip fizikal yang dikekalkan oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.
ContohKesemua jisim yang berikut adalah anggaran:
Singkatan-singkatan yang lainGram kekadang disingkatkan sebagai 'gm' atau 'gr'. Bagaimanapun, singkatan yang sah ialah 'g', dan bukannya 'gm' atau 'gr'. SejarahGram ialah unit asas untuk jisim dalam sistem metrik Perancis yang asal, serta juga untuk Sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Perkataan "gram" berasal daripada perkatan Latin Akhir, gramma, yang membawa pengertian berat kecil. KegunaanPada hari ini, gram digunakan dengan paling meluas sebagai satu unit ukuran untuk ramuan-ramuan bukan cecair bagi tujuan memasak-masak serta untuk membeli barang runcit di seluruh dunia. Untuk barang-barang makanan yang biasanya dijual dalam jumlah yang jauh kurang daripada 1 kg, harga unit biasanya diberikan untuk setiap 100 g. Kebanyakan piawai dan keperluan undang-undang untuk label pemakanan bagi barang-barang makanan memerlukan kandungan-kandungan relatifnya dinyatakan untuk setiap 100g barang tersebut agar angka-angkanya boleh juga dibaca sebagai peratusan. Faktor pertukaran
Lihat jugaRujukan
Pautan luarMore about Gram: money gram, 21 gram, gram scale, gram parsons, gram to ounce, convert ounce to gram, gram to ounce conversion, how many gram in an ounce, gram to pound, |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.