|
Article on other languages:
|
Lotus Evora adalah kereta keluaran syarikat kereta British, Lotus.[1] Kereta tersebut telah dilancarkan pada 22 Julai 2008 di Pertunjukan Kereta Antarabangsa British. Sebelum ini kereta tersebut dikenali sebagai Project Eagle sebelum nama Evora diumumkan.[4]
Sepintas laluLotus Evora adalah produk pertama di dalam rancangan lima tahun Lotus untuk mengembangkan barisan model keretanya bermula tahun 2006.[5] Model Evora ini lebih besar serta lebih berat daripada Elise dan model-model (Exige, Europa S, dll.), dengan berat 1350 kg[1]. Setakat ini ia merupakan satu-satunya model Lotus dengan konfigurasi 2+2, walaupun ia juga akan turut diperkenalkan dalam konfigurasi 2 tempat duduk pada masa akan datang, dipanggil Plus Zero.[1] Bahagian dalaman direka lebih besar bagi membolehkan pemandu yang lebih tinggi dimuatkan ke dalam, seperti CEO Lotus Mike Kimberley[1] dan 99% lelaki Amerika.[6] Bahagian but yang disejukkan[7] di belakang enjin adalah cukup besar untuk memuatkan satu set kayu golf, walaupun Russell Carr menafikan rekaan sebegini adalah disengajakan [1]. Lotus membina Evora dengan tujuan untuk bersaing dengan Porsche Cayman.[5] NamaNama "Evora" mengekalkan tradisi Lotus yang menggunakan nama-nama model bermula dengan huruf "E", serta dinamakan sempena bandar raya Évora di Alentejo, Portugal. Nama-nama lain yang dipertimbangkan ialah Eagle, Exira dan Ethos. Nama Exira ditolak kerana ia tidak cukup bagus manakala dua lagi nama kerana kesukaran yang bakal dihadapi Lotus untuk menuntutnya sebagai cap dagangan.[2] PengeluaranPengeluaran dijangka bermula pada musim panas tahun 2009.[8] Sasaran jualan ialah 2000 buah kereta setahun, dengan harga di antara £45,000 hingga lebih £50,000.[1] Prestasi
Rujukan
Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
More about Johannesburg: flight to johannesburg, johannesburg south africa, johannesburg tour, johannesburg hotel, university of johannesburg, car rental johannesburg, johannesburg airport, johannesburg map, city of johannesburg, |
|||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.