|
Article in other languages:
|
Panda Gergasi (bahasa Cina: 熊貓; pinyin: xióng māo), Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih = black-and-white cat-foot"), merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China. Nama Cinanya bererti "beruang-kucing," dan boleh juga dibaca terbalik bagi maksud yang sama. Julukan dunia Barat dinamakan menurut Panda Merah. Ia dahulunya dikenali sebagai Beruang Bersalin Kulit - Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus). Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana pandas diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan. Panda Gergasi juga merupakan saudara jauh Panda Merah, tetapi perkongsian nama kelihatannya diambil dari diet buluh yang sama. Sehingga kaitannya dengan Panda Merah diketahui pada 1901, Panda Gergasi dikenali sebagai beruang separuh warna. Selama beberapa dekad pengkelasan taksonomi tepat diperbahaskan kerana kedua-dua Panda Gergasi dan Panda Merah berkongsi ciri-ciri beruang dan rakon (raccoon). Bagaimanapun, ujian genetik menunjukkan bahawa Panda Gergasi adalah beruang sebenar dan sebahagian dari keluarga Ursidae. Saudara beruang paling dekat adalah Beruang Spectacled dari Amerika Selatan. Pertenglikahan kekal samaada Panda Merah tergolong dalam keluarga Ursidae atau dalam keluarga rakon, Procyonidae. Pandas Gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah, kedua-dua yang hidup liar atau dalam kurungan. Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup di dalam hutan (2004). Panda Gergasi merupakan simbol (World Wildlife Fund) (WWF), organisasi pengekalan (http://www.wwf.org). Panda Gergasi mempunyai tapak tangan luar biasa, dengan "ibu jari" dan lima jari; "ibu jari" merupakan tulang pergelangan tangan yang diubahsuai. Stephen Jay Gould menulis rencana mengenai hal ini, dan kemudiannya menggunakan judul Ibu Jari Panda - (The Panda's Thumb) sebagai buku untuk himpunan rencana-rencana. Panda Gergasi mula-mula diperkenalkan kepada Barat pada tahun 1869 oleh missionari Perancis, Armand David (1826–1900). Panda Gergasi telah lama menjadi kegemaran orang awam, sebahagiannya disebabkan spesies ini comel seperti bayi yang menjadikannya seperti teddy bear hidup. Tambahan lagi, ia sering digambarkan bersandar dengan aman sambil memakan buluh, menambahkan lagi kepada gambaran kesuciannya. Pinjaman Panda Gergasi kepada zoo Amerika Syarikat dan Jepun membentuk diplomatik penting bagi negeri Republik Rakyat China pada 1970-an kerana ia menandakan pertukaran kebudayaan pertama antara RRC dan negara-negara Barat. Menjelang tahun 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi dugunakan sebagai ejen diplomat. Sebaliknya, China mula menawarkan panda kepada negara lain hanya untuk pinjaman 10-tahun. Pinjaman piawaian termasuk yuran yang mencecah AS$1,000,000 setahun dan syarat bahawa sebarang anak Panda yang lahir semasa pinjaman merupakan milik Republik Rakyat China. Pada tahun 1998 satu saman difailkan oleh WWF mendorong Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan AMerika Syarikat - (U.S. Fish and Wildlife Service) memerlukan zoo Amerika Syarikat yang cuba mengimport panda untuk memastikan bahawa separuh daripada yuran yang dikenakan oleh China disalurkan kepada langkah pengekalan untuk panda liar dan habitat mereka sebelum perkhidmatan tersebut mengeluarkan permit membenarkan panda diimport.
Pembiakan
Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Panda di Chengdu
Panda Gergasi sebelum ini menghadapai masalah mengawan dalam kurungan. Pada Julai 2009, ahli sains China mengesahkan kelahiran anak panda pertama yang berjaya dibuntingi melalui permanian beradas menggunakan sperma yang dibekukan.[2] Panda tersebut dilahirkan pada 23 Julai pada pukul 07:41 di Sichuan sebagai anak ketiga You You, seekor panda 11-tahun.[2][3][4] Teknik untuk membekukan sperma dalam hidrogen cecair mula dimajukan pada 1980 dan kelahiran pertama ini disambut sebagai satu penyelesaian kekurangan mani panda yang membawa kepada pembiakbakaan dalam.[4][5] Rujukan
Pautan zoo
Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Questions for article: anak beruang panda, bayi panda san diago, beruang gergasi, beruang panda, beruang panda merah, ciri ciri beruang panda, ciri ciri haiwan karnivor, ciri hidup panda, ciri panda, ciri-ciri haiwan panda, ciri-ciri panda |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.