|
Article on other languages:
|
Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia. Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor. Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group. Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.
Subsidiri Samsung GroupIndustri Elektronik
Industri Berat
Industri Berasaskan Bidang Kimia
Perkhidmatan kewangan
Sejarah1950an - 1980an
1990an hingga sekarangPada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen eltronik. Syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993. Samsung berjaya mengatasi krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang. Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di dunia. Pautan LuarMore about Samsung: phone samsung, black jack samsung, samsung tv, ringtone samsung, samsung sch u740, d807 samsung, lcd samsung tv, samsung t629, a900 samsung, |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.