Telur

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
Rencana ini adalah tentang telur sebagai sejenis makanan. Untuk kegunaan lain, sila lihat Telur (nyahkekaburan).


Telur ayam, jenis telur yang paling biasa dipergunakan sebagai makanan.
Telur burung unta.

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.


Isi kandungan

Kegunaan telur sebagai ramuan makanan

Telur-telur burung merupakan sumber makanan yang biasa, khususnya telur ayam, itik, dan angsa, tetapi telur-telur yang lebih kecil seperti telur puyuh kekadang juga digunakan sebagai satu ramuan gourmet, sebagaimana dengan telur burung unta yang terbesar.

Kebanyakan telur ayam perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa sebarang ayam jantan. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. [1]

Telur masak dapat dibezakan daripada telur mentah tanpa memecahkan kulitnya melalui memutarkan telur tersebut. Inersia kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras adalah pepejal kerana penyahaslian protein.

Jenis hidangan telur

Lihat juga


Rujukan

  1. Evenepoel, P., Geypens, B., Luypaerts, A., Hiele, M., Ghoos, Y., & Rutgeerts, P. (1998). Digestibility of Cooked and Raw Egg Protein in Humans as Assessed by Stable Isotope Techniques. The Journal of Nutrition, 128 (10), 1716-1722. petikan


Pautan luar

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.