|
Article in other languages:
|
Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (5 Disember 1901 — 15 Disember 1966) adalah penerbit filem, sutradara, juruanimasi, dan pelakon suara berbangsa Amerika Syarikat yang terkemuka dan kuat berpengaruh dalam bidang hiburan pada abad ke-20. Sebagai pengasas Walt Disney Productions (bersama abangnya Roy O. Disney), Disney salah seorang penerbit filem tersohor di dunia. Perbadanan yang diasaskannya, kini dikenali sebagai The Walt Disney Company, kini menikmati hasil pendapatan tahunan sebanyak lebih kurang AS$ 35 bilion. Disney terkenal khususnya sebagai seorang penerbit filem dan pengusaha hiburan yang cemerlang, di samping menunjukkan daya inovasi dalam bidang animasi dan reka bentuk taman tema. Beliau bersama kakitangannya telah menghasilkan sebilangan besar watak cereka terkenal termasuk watak animasi Mickey Mouse yang pernah disuarakan oleh Disney sendiri selaku pelakon suara sulungnya. Beliau meraih 59 pencalonan Anugerah Akademi, termasuk 26 yang dimenanginya, termasuk empat dalam setahun,[2] menjadikannya individu yang paling banyak memenangi anugerah dan pencalonan Oscar dalam sejarah. Selain itu, beliau juga meraih tujuh Anugerah Emmy. Taman-taman tema Disneyland dan Walt Disney World Resort di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, dan China dinamakan sempena beliau.
1901–1937: PermulaanZaman kanak-kanakWalter Elias Disney lahir pada 5 Disember 1901 kepada bapanya Elias Disney yang berketurunan Ireland-Kanada, dan ibunya Flora Call Disney yang berketurunan Jerman-Amerika, di 2156 N. Tripp Ave, Hermosa, Chicago.[3][4] Nenek moyang Walt Disney berhijrah dari Gowran, Kaunti Kilkenny di Ireland. Arundel Elias Disney, moyang kepada Walt Disney, lahir di Kilkenny, Ireland pada 1801. Arundel ialah keturunan Hughes dan anaknya Robert d'Isigny, berasal dari Perancis tetapi berlayar ke England bersama William I pada tahun 1066.[5], maka nama d'Isigny diinggeriskan menjadi Disney. Pada tahun 1906, ketika Walt berusia empat tahun, Elias sekeluarga berpindah ke ladang di Marceline, Missouri,[6] di mana adiknya Roy baru membeli tanah.[6] Sewaktu di Marceline, Walt mengembangkan minat terhadap seni lukis.[7] Salah seorang jiran keluarga Disney, seorang doktor bersara bernama "Doc" Sherwood, mengupah Walt untuk melukis gambar kuda belaan Sherwood, iaitu Rupert.[7] Beliau turut meminati kereta api di Marceline yang dihidupkan oleh perkhidmatan kereta api Atchison, Topeka and Santa Fe Railway yang melaluinya. Walt gemar mendekatkan telinganya dengan landasan untuk menunggu kereta api datang,[4] lebih-lebih lagi yang dipandu oleh bapa saudaranya, iaitu jurutera Michael Martin. Keluarga Disney menetap di Marceline selama empat tahun,[8] sebelum berpindah ke Bandar Raya Kansas pada tahun 1911,[9] di mana Walt dan adiknya Ruth menghadiri Benton Grammar School, di mana beliau bertemu dengan Walter Pfeiffer. Kelau Pfeiffer merupakan pelakon teater terkenal yang memperkenalkan persada anekarama dan perfileman kepada Walt. Tidak lama kemudian, Walt lebih meluangkan masanya bersama keluarga Pfeiffer berbanding keluarganya sendiri.[10] Pada masa yang sama, beliau menghadiri kursus kanak-kanak Institut Seni Bandar Raya Kansas pada setiap Sabtu.[11] Zaman remaja
Disney sebagai pemandu ambulans Perang Dunia I.
Pada tahun 1917, Elias membeli saham di kilang jem O-Zell di Chicago lalu memindahkan keluarganya kembali ke bandar itu.[12] Pada tahun yang sama, Disney mula menelaah di Sekolah Tinggi McKinley dan mula menghadiri kursus malam di Institut Seni Chicago.[13] Disney menjadi seorang kartunis untuk akhbar sekolahnya. Karya-karya kartunnya amat berbaur patriotik dengan tumpuannya terhadap Perang Dunia I. Disney tercicir dari sekolah pada usia 16 tahun lalu cuba menyetai Tentera, tetapi permohonnya ditolak kerana tidak cukup umur.[14] Selepas ditolak oleh tentera, Walt bersama salah seorang kawannya menyertai Palang Merah.[15] Setelah berjaya menyertai Palang Merah, Walt dihantar ke Perancis selama setahun sebagai pemandu ambulans, ketika gencatan senjata baru ditandatangani pada 11 November 1918.[16] Pada tahun 1919, Walt yang hendak mencari kerja di luar kilang O-Zell di Chicago,[17] berpindah kembali ke Bandar Raya Kansas untuk memulakan kerjaya seninya.[18] Setelah mempertimbangkan sama ada untuk menjadi pelakon atau pelukis, beliau memutuskan untuk melancarkan kerjaya melukis karikatur politik atau komik dalam akhbar. Sayangnya tiada sesiapa yang ingin mengupahnya untuk menjadi pelukis mahupun pemandu ambulans. Mujur abangnya Roy yang bertugas di sebuah bank di Bandar Raya Kansas, mendapatkan kerja sementara di Studio Seni Pesmen-Rubin Art Studio untuk si adik dari rakan sekerjanya.[18] Di Pesmen-Rubin, Disney menghasilkan iklan untuk pihak akhbar, majalah, dan pawagam.[19] Di sinilah beliau bertemu dengan kartunis Ubbe Iwerks.[20] Selepas berakhirnya kerja sementara di Pesmen-Rubin, mereka berdua ketiadaan pekerjaan, lalu memutuskan untuk menubuhkan syarikat sendiri.[21] Pada Januari 1920, Disney dan Iwerks menubuhkan syarikat "Iwerks-Disney Commercial Artists". Sayangnya, syarikat itu tidak kekal lama, dan Disney beralih ke Kansas City Film Ad Company, kemudian diikuti oleh Iwerks yang tidak mampu mengendali perniagaannya secara bersendirian.[22] Ketika bertugas di Kansas City Film Ad Company, di mana beliau menghasilkan ilkan-iklan beranimasi pepotong, Disney menyuburkan minatnya dalam bidang animasi, lantas ingin menjadi juruanimasi.[23] Beliau dibenarkan oleh pemilik Ad Company, A.V. Cauger, untuk meminjam kamera dari tempat kerjanya untuk kegunaan menguji di rumah. Setelah membaca buku Edwin G. Lutz yang berjudul Animated Cartoons: How They Are Made, Their Origin and Development, beliau mendapati animasi sel lebih cerah bagi masa depannya berbanding animasi pepotong yang dikerjakannya untuk Cauger. Akhirnya, Walt hendak membuka perniagaan animasi sendiri,[24] lalu mengupah seorang rakan kerja dari Kansas City Film Ad Company, Fred Harman, sebagai pekerja pertamanya.[24] Walt dan Harman kemudiannya berjaya berurus janji dengan pemilik pawagam tempatan Frank L. Newman, tokoh yang dikenali sebagai pengusaha hiburan tersohor di kawasan Bandar Raya Kansas ketika itu,[25] untuk menyiarkan siri kartun yang berjudul "Laugh-O-Grams" di pawagam tersebut.[25] Laugh O'Gram StudioDengan tajuk "Newman Laugh-O Grams,"[25] karya-karya kartun Disney menerima sambutan memberangsangkan di kawasan Bandar Raya Kansas.[26] Hasil kejayaan Laugh-O Grams, Disney mampu membeli studio sendirinya[27] dan mengupah ramai juruanimasi, termasuk adik Fred Harman sendiri iaitu Hugh Harman, Rudolf Ising, dan sahabat karib Disney sendiri iaitu Ub Iwerks.[28] Malangnya, disebabkan gaji pekerja yang tinggi menjejaskan keuntungan studio, Disney tidak mampu menguruskan kewangannya dengan betul-betul.[29] Akibatnya, studionya mengalami hutang keliling pinggang[29] lalu muflis.[30] Apapun yang terjadi, Disney berazam untuk menubuhkan studio di pusat industri perfileman, tak lain tak bukan Hollywood, California.[31] HollywoodDisney dan abangnya mengumpul duit untuk menubuhkan studio kartun di Hollywood.[32] Perlunya mencari seorang pengedar untuk filem-filem terbarunya Alice Comedies yang mula diusahakannya ketika di Bandar Raya Kansas,[30] tetapi tidak dapat diedarkannya dahulu, Disney menghantar cetakan belum siap kepada pengedar Margaret Winkler di New York. Winkler membalas Disney dengan minatnya untuk mengedarkan filem-filem gabungan aksi sebenar dan animasi karya Disney yang diilhamkan oleh kisah dongeng Alice's Wonderland itu.[33] Virginia Davis (bintang aksi sebenar Alice’s Wonderland) dan keluarganya berpindah dari Bandar Raya Kansas ke Hollywood atas permintaann Disney, begitu juga Iwerks sekeluarga. Ini menandakan lahirnya Disney Brothers' Studio yang terletak di Hyperion Avenue di daerah Silver Lake sehingga tahun 1939. Pada tahun 1925, Disney mengupah seorang wanita muda bernama Lillian Bounds untuk melukis seluloid animasi. Setelah tidak lama keluar bersama, mereka berdua pun berkahwin pada tahun itu. Siri terbaru Alice Comedies yang dibintangi oleh Dawn O'Day, Margie Gay dan Lois Hardwick yang bersilih ganti melakonkan watak Alice, berjaya mendapat sambutan penonton. Menjelang penghujung siri itu pada tahun 1927, tumpuan lebih diberikan kepada watak-watak animasi, terutamanya kucing bernama Julius yang menyerupai Felix the Cat. Oswald the Lucky RabbitMenjelang tahun 1927, Charles B. Mintz mengahwini Margaret Winkler lalu mengambil alih pentadbiran perniagaan Winkler, lantas memesan siri animasi serba baru diterbitkan untuk edaran Universal Pictures. Siri Oswald the Lucky Rabbit juga mendapat sambutan hebat, hinggakan watak utamanya Oswald yang direka oleh Iwerks, menjadi tokoh terkenal. Maka berluasnya studio Disney, apabila Walt mengupah Harman, Rudolph Ising, Carman Maxwell, dan Friz Freleng dari Bandar Raya Kansas. Pada Februari 1928, Disney ke New York untuk merundingkan kenaikan filem ringkas dari Mintz. Disney terkejut dengan pengumuman Mintz bukan sahaja untuk mengurangkan yuran tersebut malah juga meletakkan kebanyakan juruanimasi terpenting upahan Disney, termasuk Harman, Ising, Maxwell, and Freleng (kecuali Iwerks yang enggan meninggalkan Disney) di bawah kontraknya dan akan membuka studio sendiri sekiranya Disney tidak menerima pengurangan perbelanjaan tersebut. Universal Studios, bukan Disney, yang memiliki cap dagang Oswald, oleh itu boleh membikin filem-filem Oswald tanpa sumbangan Disney. Disney menolak tawaran Mintz lalu kehilangan kebanyakan juruanimasi upahannya. Setelah ditinggalkan oleh para juruanimasinya, Disney sekali lagi bekerja sebatang kara.[34] 78 tahun kemudian, syarikat Disney berjaya mendapatkan kembali hak milik watak Oswald dari NBC Universal pada tahun 2006. Mickey MouseSetelah kehilangan hak milik Oswald, Disney merasakan perlunya membangunkan watak baru untuk menggantikan arnab tersebut. Beliau mendapat ilhamnya oleh dari seekor tikus yang pernah dibelanya ketika bertugas di Bandar Raya Kansas dahulu.[35] Ub Iwerks memperhalusi lakaran yang dihasilkan oleh Disney agar mudah untuk dianimasi. Suara dan perwatakan Mickey diihsankan oleh Disney. Menurut kata-kata seorang pekerja Disney, "Ub melukis wajah Mickey, tetapi Walt memberikan jiwanya."[35] Pada mulanya, tikus itu diberi nama "Mortimer", kemudian diganti oleh "Mickey Mouse" oleh Lillian Disney yang merasa nama Mortimer tidak sesuai. Mortimer later became the name of Mickey's rival for Minnie, who was taller than his renowned adversary and had a Brooklyn accent. Filem animasi pendek pertama yang menampilkan Mickey merupakan filem senyap berjudul Plane Crazy. Setelah gagal mendapatkan pengedar untuk Plane Crazy atau susulannya The Gallopin' Gaucho, Disney akhirnya menghasilkan kartun Mickey bersuara yang berjudul Steamboat Willie. Seorang ahli niaga bermama Pat Powers menyalurkan khidmat pengedaran dan proses penyegerakan bunyi Cinephone kepada Disney. Akhirnya Steamboat Willie membawa kejayaan,[36] maka filem-filem Plane Crazy, The Galloping Gaucho, dan semua kartun Mickey yang seterusnya dihasilkan dengan runut bunyi. Disney sendiri menyediakan kesan suara untuk kartun-kartun terawalnya serta meminjamkan suaranya kepada Mickey Mouse sehingga tahun 1946. Selepas keluarnya Steamboat Willie, Walt Disney terus berjaya menggunakan bunyi dalam kesemua kartun-kartun selanjutnya, manakala Cinephone turut menjadi pengedar baru bagi karya-karya kartun bersuara Disney yang terawal.[37] Lambat-lain, Mickey mengatasi Felix the Cat sebagai watak kartun paling popular.[35] Pada tahun 1930, Felix, walaupun bersuara juga, pudar dari layar wayang kerana filem kartun bersuaranya gagal menarik perhatian,[38] lantas membuka peluang untuk meninggikan populariti Mickey pada awal 1930-an.[35] Silly SymphoniesMengikut jejak langkah siri Mickey Mouse series, munculnya siri kartun muzikal Silly Symphonies pada tahun 1929. Judul pertama dalam siri ini berjudul The Skeleton Dance yang dilukis dan dianimasi sepenuhnya oleh Iwerks, yang juga bertanggungjawab melukis kebanyakan kartun keluaran Disney pada tahun 1928 dan 1929. Walaupun kedua-dua siri disambut baik, namun studio Disney berasa bahawa kongsian keuntungan dengan Pat Powers tidak adil bagi pihaknya,[39] maka pada tahun 1930, Disney berurusan dengan Columbia Pictures. Carl Stalling menggubah skor muzik untuk kartun-kartun Silly Symphony yang terawal.[40] Iwerks dipikat oleh Powers agar membuka studio sendiri dengan kontrak eksklusif. Kemudian, Carl Stalling turut meninggalkan Disney untuk menyertai studio baru Iwerks.[41] Iwerks melancarkan siri Flip the Frog dengan kartun warna pertamanya "Fiddlesticks," difilemkan dalam Technicolor dua jalur. Iwerks juga mereka dua lagi siri kartun iaitu Willie Whopper dan Comicolor. Pada tahun 1936, Iwerks menutup studionya untuk mengusahakan projek-projek teknologi animasi. Iwerks kembali ke pangkuan pada tahun 1940, lalu merintis beberapa proses filem dan teknologi animasi khusus di jabatan penyelidikan dan pembangunan studio Disney. Menjelang tahun 1932, Mickey Mouse menjadi watak wayang gambar yang amat popular, tetapi Silly Symphonies tidak berjaya menandinginya. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, Disney mendambai hasil persaingan dari Max Fleischer iaitu kartun Betty Boop yang semakin popular di kalangan penonton.[42] Fleischer dianggap sebagai pesaing utama Disney pada 1930-an,[43] dan juga bapa kepada Richard Fleischer yang diupah oleh Disney untuk mengarah filem 20,000 Leagues Under the Sea pada tahun 1954. Sementara itu, Columbia Pictures berhenti mengedarkan kartun Disney lalu diganti oleh United Artists.[44] Pada akhir tahun 1932, Herbert Kalmus yang baru selesai mengusahakan ciptaan kamera Technicolor tiga jalur,[45] meminta Walt membikin semula filem Flowers and Trees yang asalnya hitam putih, dengan teknologi Technicolor tiga jalur.[46] Flowers and Trees berjaya menimbulkan fenomena lalu memenangi Anugerah Akademi untuk Judul Pendek Terbaik: Kartun pertama untuk tahun 1932. Selepas keluarnya Flowers and Trees, semua kartun Silly Symphonies yang seterusnya diwarnakan juga. Disney juga dapat merundingkan urus janji dengan Technicolor selama dua tahun, maka memberikannya hak eksklusif penggunaan Technicolor tiga jalur,[47][48] yang seterusnya dilanjutkan hingga lima tahun.[40] Menerusi Silly Symphonies, Disney turut menghasilkan filem kartun pendek yang paling berjaya sepanjang hayatnya, berjudul The Three Little Pigs, pada tahun 1933.[49] Kartun ini ditayangkan di pawagam berbulan-bulan lamanya, dan juga menampilkan lagu terhangat yang menjadi kegilaan orang ramai ketika mengalami Kemelesetan Besar, iaitu "Who's Afraid of the Big Bad Wolf".[50] Anugerah Akademi PertamaPada tahun 1932, Disney menerima Anugerah Akademi khas kerana melahirkan siri "Mickey Mouse" yang mula diwarnakan pada tahun 1935, disusuli siri-siri keluaran sampingan untuk rakan-rakan Mickey seperti Donald Duck dan Pluto mulai tahun 1937,[51] diikuti siri kartun solo Goofy mulai tahun 1939.[52] Di antara semua rakan-rakan Mickey, Donald Duck yang julung kali berpakat dengan Mickey dalam kartun Orphan's Benefit (1934) dikatakan menjadi watak kartun Disney kedua paling berjaya sepanjang zaman.[53] AnakCubaan pertama pasangan Disney beranak berakhir dengan Lilly mengalami keguguran. Apapun, Lilly berjaya melahirkan Diane Marie Disney pada 18 Disember 1933. Beberapa tahun kemudian, keluarga Disney mengambil Sharon Mae Disney, (lahir 21 Disember 1934) sebagai anak angkat. 1937–1941: Zaman Keemasan AnimasiFilem cetera animasi terulung
Walt Disney memperkenalkan watak-watak Seven Dwarfs dalam treler filem Snow White (1937).
Setelah terhasilnya dua siri kartun, Disney terus memulakan perancangan untuk filem cetera yang cukup panjangnya pada tahun 1934. Pada 1935, tinjauan pendapat mendapati bahawa siri Popeye the Sailor hasil Max Fleischer, mengatasi populariti Mickey Mouse.[54] Walau apapun, Disney kemudian berjaya meletakkan Mickey di hadapan semula dengan mewarnai dan mereka semula penampilan watak tikus tersebut kepada apa yang disifatkan sebagai wajah Mickey yang paling menawan sehingga kini.[35] Setelah para penggiat industri perfileman mengetahui rancangan Disney untuk mengadaptasi cerita dongeng Putih Salju dalam filem cetera animasi, mereka semua mentertawakan rancangan Disney sebagai "Disney's Folly" (Kebodohan Disney) kerana terlalu yakin bahawa projek sebegini akan meranapkan perniagaan Disney. Lillian dan Roy juga memujuk Disney agar melupakan hasrat itu, namun Disney tetap ingin mengusahakan filem cetera animasi itu. Beliau mengambil khidmat Profesor Don Graham dari Institut Seni Chouinard untuk memulakan latihan untuk kakitangan studio, berlandaskan Silly Symphonies sebagai platform untuk menguji animasi manusia realistik, animasi watak tersendiri, kesan khas, dan penggunaan proses-proses dan peralatan khusus seperti kamera berbilang satah. Pertama kali Disney menggunakan teknik kamera berbilang satah adalah untuk filem pendek dalam siri Silly Symphonies yang berjudul The Old Mill (1937).[55] Segala usaha pembangunan dan latihan ini digunakan untuk menilai mutu studio agar mampu memberikan mutu yang dikehendaki oleh Disney kepada filem ceteranya kelak. Filem yang berjudul Snow White and the Seven Dwarfs diterbitkan dari tahun 1934 hingga pertengahan tahun 1937, apabila studionya kehabisan dana. Untuk mendapatkan pembiayaan untuk menyiapkan filem Snow White, Disney terpaksa menunjukkan sedikit sedutan filem tersebut kepada pegawai pinjaman di Bank of America, lalu berjaya mendapatkan wang yang diperlukannya. Selepas disiapkan, filem tersebut diadakan tayangan perdana di pawagam Carthay Circle Theater pada 21 Disember 1937; pada akhir filem, para penonton berdiri sambil memberikan tepuk sanjungan kepada Snow White and the Seven Dwarfs. Snow White, filem animasi buatan Amerika Syarikat dan Technicolor yang pertama, dikeluarkan pada Februari 1938 setelah tercapainya urus janji pengedaran baru dengan RKO Radio Pictures; RKO pernah menjadi pengedar kartun-kartun Disney pada tahun 1936, setelah menutup Van Beuren Studios untuk beralih ke perniagaan pengedaran filem.[56] Filem ini menjadi filem wayang yang paling berjaya sepanjang tahun 1938 setelah memperoleh lebih $8 juta dalam tayangan pertamanya. Zaman Keemasan AnimasiKejayaan filem Snow White, (yang mengurniakan lapan anugerah Oscar kepada Disney, termasuk satu patung besar dan selebihnya patung kecil) memangkinkan Disney untuk membina kampus baru Walt Disney Studios di Burbank, yang memulakan perniagaan pada 24 Disember 1939. Snow White bukan sahaja menandakan kemuncak kejayaan Disney, bahkan juga memulakan zaman yang dikenali sebagai Zaman Keemasan Animasi bagi Disney.[57][58] Seluruh kakitangan animasi cetera, setelah baru menyiapkan filem Pinocchio, menyambungkan usaha filem Fantasia dan Bambi serta peringkat awal penerbitan Alice in Wonderland dan Peter Pan, manakala kakitangan filem pendek meneruskan usaha siri kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, dan Pluto, sambil mengakhiri siri Silly Symphonies ketika ini. Juruanimasi Fred Moore mereka semula wajah Mickey Mouse pada akhir 1930-an, ketika Donald Duck semakin popular di kalangan penonton wayang berbanding Mickey Mouse.[59] Filem-filem Pinocchio dan Fantasia mengikut jejak Snow White and the Seven Dwarfs ke pawagam pada tahun 1940, tetapi kedua-duanya kurang lumayan jadinya. Filem Dumbo yang tidak seberapa mahal pula dirancangkan sebagai penjana pendapatan, tetapi ketika filem ini dihasilkan, kebanyakan juruanimasi studio bermogok, lantas menegangkan hubungan antara Disney dan para artisnya untuk jangka masa yang lama. 1941–1945: Perang Dunia IIDisney bersama sekumpulan juruanimasi dihantar ke Amerika Selatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 1941 sebagai salah satu langkah dalam dasar Good Neighbor, di samping dijamin kewangan untuk filem Saludos Amigos yang dirakam di benua itu.[60] Tidak lama selepas keluarnya filem Dumbo pada Oktober 1941, Amerika Syarikat terjebak dalam Perang Dunia II. Tentera Amerika Syarikat mengkontrakkan kebanyakan kemudahan studio Disney dan mengarahkan kakitangannya untuk menghasilkan filem-filem latihan dan arahan untuk bala tenteranya, filem-filem yang bertujuan menaikkan semangat rakyat seperti filem pendeka Der Fuehrer's Face dan filem cetera Victory Through Air Power pada tahun 1943. Walaupun begitu, filem-filem ketenteraan tersebut tidak mendatangkan pendapatan, sementara filem cetera Bambi kurang mendapat sambutan ketika dikeluarkan pada bulan April 1942. Disney berjaya mengeluarkan semua filem Snow White pada tahun 1944, menandakan bermulanya tradisi mengeluarkan semula filem cetera Disney selepas tujuh tahun. Pada tahun 1945, filem The Three Caballeros menjadi filem animasi cetera tarakhir oleh Disney sepanjang zaman peperangan. Pada tahun 1944, William Benton, penerbit Encyclopædia Britannica, gagal menjayakan rundingan dengan Disney agar menghasilkan sebanyak enam hingga 12 filem berunsur pendidikan setiap tahun. Disney diminta oleh Penyelaras Hal Ehwal Antara Amerika untuk membikin filem pendidikan mengenai Lembangan Amazon, maka terhasilnya filem pendek The Amazon Awakens (1944).[61][62][63][64][65] 1945–1955: Selepas perangStudio Disney turut menghasilkan sepakej filem murah yang mengandungi koleksi filem-filem kartun pendek, lalu mengeluarkannya di pawagam sepanjang akhir 1940-an. Pakej ini merangkumi Make Mine Music (1946), Melody Time (1948), Fun and Fancy Free (1947) dan The Adventures of Ichabod and Mr. Toad (1949). Filem Ichabod and Mr. Toad terdiri daripada dua bahagian, yang pertamanya dipetik dari The Wind in the Willows karya Kenneth Grahame, diikuti kisah kedua berasaskan The Legend of Sleepy Hollow oleh Washington Irving. Ketika ini, Disney turut menceburi filem cetera dramatis yang mengadun babak-babak animasi dan aksi sebenar, termasuk Song of the South dan So Dear to My Heart. Selepas berakhirnya perang, pudarnya juga populariti.[66] Pada akhir 1940-an, studionya telah pulih secukupnya untuk meneruskan penerbitan filem-filem cetera Alice in Wonderland dan Peter Pan yang tertangguh akibat peperangan, lalu memulakan pembikinan filem Cinderella, yang menjadi filem Disney paling berjaya sejak Snow White and the Seven Dwarfs. Studio ini turut memulakan siri filem aksi sebenar bertema alam semula jadi yang berjudul True-Life Adventures pada tahun 1948, bermula dengan On Seal Island. Walaupun dijayakan oleh filem cetera, namun filem-filem animasi pendek Disney tidak selaris dahulu, kerana orang ramai mula memberi perhatian kepada Warner Bros. dan bintang animasinya Bugs Bunny; pada tahun 1942, studio Termite Terrace Warner Bros. menjadi studio animasi paling popular.[67] Sungguhpun Bugs Bunny semakin popular pada 1940-an, begitu juga dengan Donald Duck,[68] hinggakan Donald mengambil tempat Mickey Mouse sebagai bintang utama animasi Disney pada tahun 1949.[69] Pada pertengahan 1950-an, Disney menghasilkan sebilangan filem pendidikan mengenai program angkasa dengan kerjasama pereka roket NASA Wernher von Braun: Man in Space dan Man and the Moon (1955), dan Mars and Beyond (1957).
Walt Disney bertemu dengan Wernher von Braun pada tahun 1954.
1955–1966: Taman temaPerancangan Disneyland
Pandangan udara Disneyland dari barat laut ke tenggara, Ogos 1963. New Melodyland Theater di atas. The Santa Ana Freeway di sudut kiri atas.
Ketika melawat Chicago untuk tujuan perniagaan pada akhir 1940-an, Disney melakarkan cadangan taman hiburan yang diharapkan dijadikan tempat istirahat kakitangan beliau meluangkan masa bersama anak-anak mereka, diilhamkan setelah melawat Children's Fairyland di Oakland, California. Idea-idea asalnya dibangunkan menjadi konsep untuk perushaan besar yang menjadi Disneyland. Disney menghabiskan lima tahun membangunkan Disneyland dan membuka cawangan baru syarikatnya, iaitu WED Enterprises, untuk melaksanakan perancangan dan penghasilan taman hiburannya. Sekumpulan kecil kakitangan studio Disney menyertai projek pembangunan Disneyland sebagai jurutera dan perancang yang bergelar "Imagineers". Ketika menjelaskan salah satu rancangan terawalnya kepada Herb Ryman (yang mereka lukisan pandangan udara pertama Disneyland yang dibentangkan kepada Bank of America ketika memohon pembiayaan), Disney berkata, "Herbie, saya cuma mahu menampakkannya seolah-olah tiada yang seumpamanya di dunia, dikelilingi oleh kereta api lagi."[70] Disney mendapat idea landasan kereta api mengelilingi Disneyland, daripada menghibur anak-anaknya dan kawan-kawan mereka di halaman rumah serta membawa mereka menaiki Carolwood Pacific Railroad. Perasmian DisneylandDisneyland dibuka secara rasmi pada 17 Julai 1955. Di antara beratus-ratus pengunjung yang hadir di upacara pembukaan gilang-gemilang termasuk Ronald Reagan, Bob Cummings dan Datuk Bandar Anaheim. Berikut adalah ucapan Disney sempena hari pembukaan taman hiburannya:
Menceburi bidang baruSambil memulakan pembinaan Disneyland, Walt Disney Productions turut menceburi bidang-bidang hiburan yang lain. Pada tahun 1950, Treasure Island menjadi filem cetera aksi sebenar sepenuhnya yang pertama terbitan studionya, diikuti 20,000 Leagues Under the Sea (dalam format CinemaScope, 1954), Old Yeller (1957), The Shaggy Dog (1959), Pollyanna (1960), Swiss Family Robinson (1960), The Absent-Minded Professor (1961), dan The Parent Trap (1961). Studio Walt Disney menerbitkan rancangan istimewa TV pertamanya, berjudul One Hour in Wonderland, pada tahun 1950. Disney juga mengacarakan siri antologi mingguan di rangkaian ABC yang berjudul Disneyland sempena taman tema tersebut, yang mana beliau memaparkan sedutan filem terbitan Disney yang lalu, menganjurkan jelajah studionya, dan menyebarluaskan Disneyland yang sedang dalam pembinaan kepada orang awam. Rancangan ini turut menayangkan siri televisyen Davy Crockett yang digilai muda-mudi Amerika sehingga dijualnya berjuta-juta topi kulit rakun dan bermacam-macam lagi cenderahati Crockett ke merata negara.[71] Pada tahun 1955, lahirnya rancangan televisyen harian pertama Disney iaitu Mickey Mouse Club yang disiarkan hingga 1990-an. Ketika studionya diluaskan dan dipelbagaikan ke media-media lain, Disney kurang memberi perhatian kepada jabatan animasi, sebaliknya mengamanahkan sebahagian besar pengendalian jabatan tersebut kepada sembilan orang juruanimasi terpentingnya yang digelar Nine Old Men. Sepanjang hayat Walt Disney, jabatan animasi menjayakan filem Lady and the Tramp (dalam format CinemaScope, 1955), Sleeping Beauty (dalam format Super Technirama 70mm, 1959), One Hundred and One Dalmatians (1961), dan The Sword in the Stone (1963). Penerbitan kartun pendek berterusan sehingga Disney menutup jabatannya pada tahun 1956, selepas itu disambung dalam bentuk projek filem pendek istimewa secara sekali-sekala sepanjang hayat studionya. Kesemua filem ini diedarkan oleh anak syarikat baru Disney, Buena Vista Distribution, yang mengambil alih segala tanggungjawab pengedaran filem dari RKO pada tahun 1955. Disneyland, salah sebuah taman tema terawal di dunia, akhirnya dibuka pada 17 Julai 1955, lalu cepat mengecapi kejayaan dengan kunjungan peminat dari merata dunia yang hendak menikmati tarikan-tarikan yang diilhamkan dari sebilangan filem dan harta-harta kejayaan Disney. Selepas tahun 1955, rancangan TV Disneyland dikenali sebagai Walt Disney Presents, beralih dari hitam ptih ke siaran warna pada tahun 1961, bertukar namanya lagi ke Walt Disney's Wonderful World of Color, berpindah dari rangkaian ABC ke NBC,[72] dan akhirnya bertukar namanya ke The Wonderful World of Disney yang bersiaran di NBC sehingga diambil alih oleh CBS pada tahun 1981.[73] Semenjak itu, siri antologi Walt Disney telah disiarkan di rangkaian ABC, NBC, Hallmark Channel dan Cartoon Network hasil urus janji hak penyiaran bersilih ganti. Disney sudah membentuk bahagian penerbitan muziknya pada tahun 1949. Pada tahun 1956, berikutan kejayaan lagu tema rancangan televisyen The Ballad of Davy Crockett, beliau menubuhkan entiti penerbitan dan pengedaran rakaman milik syarikatnya, iaitu Disneyland Records. Kejayaan awal 1960-anMenjelang awal 1960-an, terbuktinya kejayaan besar empayar Disney, apabila Walt Disney Productions menempa nama sebagai peneraju penerbitan hiburan seisi keluarga di dunia. Setelah berpuluh-puluh tahun mengejarnya, Disney akhirnya memperoleh hak milik buku-buku P.L. Travers yang menceritakan seorang pengasuh ajaib. Filem Mary Poppins yang keluar pada tahun 1964 merupakan filem Disney paling berjaya sepanjang 1960-an, menampilkan skor lagu malar hijau yang digubah oleh Sherman Bersaudara. Pada tahun yang sama, Disney memperkenalkan koleksi pameran di 1964 New York World's Fair, termasuk figura Audio-Animatronic, yang semuanya disepadukan dalam tarikan-tarikan di Disneyland dan sebuah lagi projek taman tema di Pantai Timur. Rancangan Disney World dan EPCOTDisney World dijangka merangkumi sebuah lagi Disneyland yang lebih besar dan teliti iaitu Magic Kingdom, di samping juga sebilangan padang golf dan resort penginapan. Di pusat Disney World pula, bakal didirikan Kota (atau Komuniti) Prototaip Bereksperimen Masa Akan Datang (Experimental Prototype City (or Community) of Tomorrow), atau singkatannya EPCOT. KematianFilem-filem terakhir yang melibatkan peranan aktif Disney ialah filem cetera animasi The Jungle Book dan komedi muzikal aksi sebenar The Happiest Millionaire, kedua-duanya keluar pada 1967. Penggubah lagu Robert B. Sherman menceritakan kali terakhir dia bertemu dengan Disney:
Pada akhir 1966, Disney dijadualkan menjalani pembedahan leher berikutan kecederaan dari bermain polo lama dahulu;[75] beliau selalu bermain di Riveria Club di Hollywood selama bertahun-tahun lamanya.[76] Pada 2 November 1966, ketika mengambil sinar X sebelum pembedahan, para doktor di Pusat Perubatan Providence St. Joseph yang terletak di seberang jalan dari Disney Studio mendapati bahawa Disney yang ketagih rokok ini menghidap ketumbuhan yang amat besar di paru-paru kirinya.[77] Lima hari kemudian, Disney kembali ke hospital untuk dibedah, tetapi ketumbuhan tersebut merebak begitu luas sehingga doktor-doktornya terpaksa menanggalkan seluruh paru-paru kirinya.[77] Disney kemudian diberitahu hayatnya cuma tinggal enam bulan hingga setahun sahaja.[77] Setelah beberapa kali menjalani kemoterapi, Disney dan isterinya bercuti sebentar di Palm Springs, California sebelum pulang.[75] Pada 30 November 1966, Disney rebah di rumahnya, tetapi berjaya disedarkan oleh paramedik, lalu dibawa balik ke hospital, di mana beliau menghembuskan nafas terakhirnya[75] pada 15 Disember 1966, pukul 9:30 pagi, sepuluh hari selepas hari jadinya yang ke-65. Jenazah beliau dibakar pada 17 Disember 1966, lalu abunya disimpan di Forest Lawn Memorial Park di Glendale, California. Roy O. Disney meneruskan projeknya di Florida, dengan menegaskan bahawa nama projek itu ditukar ke Walt Disney World sempena memperingati adiknya Walt. 1967–kini: PusakaMeneruskan wawasanSelepas pemergian Walt Disney, Roy Disney menguasai sepenuhnya Walt Disney Productions dan WED Enterprises. Pada bulan Oktober 1967, keluarga Disney bertemu di Cinderella Castle di Magic Kingdom untuk merasmikan Walt Disney World Resort. Setelah memberi ucapannya di Walt Disney World, Roy meminta Lillian untuk tampil bersamanya. Sewaktu orkestra mendendangkan lagu "When You Wish Upon a Star", beliau menaiki pentas dengan diiringi Mickey Mouse. Kemudian Roy berkata, "Lilly, awak tahu akan segala idea dan harapan Walt seperti mana yang diketahui sesiapa; agaknya apakah pendapat Walt akannya [Walt Disney World]?". "Saya rasa Walt pasti merestuinya," jawab Lillian.[78] Roy meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 20 Disember 1971, iaitu hari beliau sepatutnya membuka Disneyland Christmas Parade. Dalam fasa kedua taman tema "Walt Disney World", konsep EPCOT dizahirkan oleh pewaris Disney sebagai EPCOT Center, yang dibuka pada tahun 1982. Kini, EPCOT merupakan pesta dunia hidup yang berbeza dari kota kediaman yang diimpikan oleh Disney. Pada tahun 1992, Walt Disney Imagineering melangkah maju ke arah wawasan Walt dan mendedikasikan bandar Celebration, yang dibina oleh syarikat Disney berhampiran Walt Disney World di negeri Florida kepada semangat EPCOT. EPCOT juga sepatutnya tidak didiami watak-watak Disney tetapi dasar ini diubah oleh pihak syarikat agar mudah menarik pengunjung muda. Empayar hiburan DisneyKini, perniagaan studio filem dan animasi serta taman-taman tema Walt Disney telah berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi pelancongan dan media berbilion-bilion dolar yang membawa namanya. The Walt Disney Company kini memiliki, antara lainnya, lima resort percutian, sebelas taman tema, dua taman air, 39 hotel, lapan studio filem, enam label rakaman, sebelas rangkaian televisyen kabel, dan sebuah rangkaian televisyen terestrial. Pada tahun 2007, syarikat Walt Disney meraih pendapatan tahunan melebihi AS$ 35 bilion.[79] Animasi Disney terkiniAnimasi lukisan tangan tradisional yang diusahakan di syarikat Walt Disney sejak dari mula lagi, pernah dihentikan di Walt Disney Animation Studios. Setelah mengalami filem cetera animasi yang kurang lumayan pada awal 2000-an, maka tutupnya dua studio satelit di Paris dan Orlando, sementara studio utama di Burbank dijadikan kemudahan penerbitan animasi komputer. Pada tahun 2004, Disney mengeluarkan apa yang dihebahkan sebagai filem cetera "animasi tradisional" terakhir, iaitu Home on the Range. Bagaimanapun, sejak membeli Pixar pada tahun 2006, disusuli kenaikan pangkat John Lasseter sebagai Ketua Pegawai Kreatif, syarikat Disney kembali menerbitkan filem animasi tradisional dengan judul The Princess and the Frog pada tahun 2009. AnugerahAnugerah AkademiWalt Disney memegang rekod untuk bilangan pencalonan terbanyak (59) dan kemenangan terbanyak (26). Empat anugerah Oscarnya ialah anugerah khas, dan Oscar yang terakhirnya diraih selepas meninggal dunia.
Lihat jugaRujukan
Pautan luarWikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Questions for article: animation et propagande, grenouilles du dessin animé le vieux moulin disney 1937, peliculas de walt disney antiguas, sébastien roffat, დისნეი dvd, ดิสนีย์, วอลต์_ดิสนีย์, bio aboutdisney worls, colorear a las wist, colorear lumikki, conejo oswald |
|||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.