|
Article on other languages:
|
Penyelia Wikipedia (Administrator atau Sysop) ialah pengguna Wikipedia yang mempunyai hak istimewa dalam aspek pentadbiran Wikipedia. Hak-hak istimewa tersebut ialah menghapuskan rencana, melindungi laman rencana, dan melakukan penyekatan ke atas pengguna Wikipedia yang melanggar peraturan dan polisi Wikipedia. Bahkan juga, dapat membatalkan suntingan-suntingan pengguna dalam sesuatu rencana. Seorang penyelia harus mematuhi dan mengetahui polisi-polisi Wikipedia kerana mereka adalah anggota yang dianggap boleh dipercayai dalam komuniti ini. Penyelia ialah antara pengguna yang melaksanakan tanggungjawab tambahan secara sukarela. Penyelia bukanlah penyumbang yang dibayar gaji sebagai pekerja Yayasan Wikimedia. Ketika Wikipedia mula dibangunkan, kesemua pengguna yang ada berfungsi sebagai penyelia, dan pada awalnya mereka masih berfungsi sedemikian. Setiap pengguna dapat berkelakuan sebagaimana seorang penyelia, meskipun mereka tidak diberikan hak istimewa tambahan sebagai penyelia. Sejak dari dulu lagi, telah ditegaskan bahawa para penyelia bukanlah sebuah kumpulan tersendiri dalam komuniti. Akan tetapi, mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang ada sama seperti pengguna biasa. Namun demikian, mereka memperoleh hak istimewa tambahan yang mungkin agak berbahaya jika diberikan kepada semua pengguna. Komuniti dapat meminta penyelia untuk melakukan tugas pemeliharaan tertentu yang memerlukan akses yang hanya dimiliki oleh penyelia. Antaranya, adalah memantau artikel-artikel yang diberikan tag untuk dihapus, dimajukan, dan memerlukan pendapat sesama komuniti bagi topik-topik tertentu, mengawasi gejala vandalisme, dan memenuhi permintaan tertentu yang memerlukan akses penyelia. Ini kerana penyelia diharapkan sebagai anggota yang mempunyai pengalaman di Wikipedia, permintaan bantuan oleh para pengguna seringkali merupakan pertanyaan nasihat dan informasi. Secara amnya, para penyelia harus mengamalkan sikap pandangan berkecuali ketika diminta untuk nasihat dan informasi dan tidak mempunyai kaitan langsung dalam persoalan-persoalan tersebut.
Senarai penyeliaWikipedia Bahasa Melayu pada waktu ini mempunyai 14 orang penyelia. 13 di antaranya bermastautin di Malaysia (12 di Malaysia Barat dan 1 di Malaysia Timur). Seorang lagi penyelia sekarang ini bermastautin di luar Malaysia iaitu di Mesir. Berikut adalah daftar penyelia disusun berdasarkan tarikh perlantikannya setakat 13 Disember 2008.
Bekas penyelia
Lihat juga
Pautan luar |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.