|
Article on other languages:
|
Keupayaan ini hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu sahaja kerana halaman dilindungi dianggap memudaratkan. Penyelia tidak boleh melindungi laman yang disuntingnya secara aktif, melainkan ada kes laku musnah (vandalisme). Jika laman itu dilindungi kerana perang sunting, versi yang dilindungi adalah versi terkini, bukan versi lampau. Kemudian, cubalah menyelesaikan masalah tersebut di laman perbincangannya. Jika sesuatu laman yang dilindungi dipindahkan, rencana baru akan turut dilindungi, tetapi alihan di laman asal tidak dilindungi secara automatik.
KegunaanPerlindungan penuh dan separa boleh digunakan untuk:
Perlindungan sementara juga boleh dilakukan untuk:
Perlindungan sesuatu laman pada mana-mana versi bukan bermaksud versi itu dipersetujui oleh penyelia tersebut, jadi janganlah membuat permintaan untuk menukar versi rencana yang dilindungi. Laman perbualan rencana dan laman perbincangan pengguna biasanya tidak akan dilindungi. Nota penting: Jika sesuatu laman menjadi popular, sama ada kerana ia dipautkan dari Laman Utama atau laman web lain, ia mungkin akan menjadi sasaran laku musnah. Dalam kes ini, laman tersebut tidak sesuai dilindungi, sebaliknya, buangkanlah laku musnah tersebut sendiri. Cara
Penyelia tidak boleh melindungi laman yang mereka terlibat. Terlibat di sini bermaksud menyunting isi (membuang laku musnah tidak dikira) atau memberikan pendapat di laman perbualan. Kuasa penyelia bukan hak istimewa penyunting — penyelia bertanggungjawab melaksanakan kemahuan dan persetujuan para penyunting. Jika anda merupakan seorang penyelia dan anda mahu sesuatu laman yang anda terlibat dilindungi, mintalah penyelia lain melindunginya. Ini lebih beretika dan mengelakkan anda dituduh menyalahgunakan kuasa. Selain itu, penyelia tidak boleh memilih versi untuk dilindungi. Lindungi versi terkini, melainkan versi tersebut ada laku musnah yang jelas. Umumnya, perlindungan tidak patut dibiarkan terlalu lama, dan laman perbincangan haruslah tidak dilindungi. Menyunting laman dilindungiPenyelia haruslah berhati-hati dalam menyunting laman yang dilindungi, dan mengikut panduan yang diberikan. Dalam semua kes, sebabnya mestilah dinyatakan di laman perbincangan. Suntingan-suntingan di bawah dibolehkan:
Disebabkan kesannya meluas dan boleh menjejaskan semua orang, ruang nama MediaWiki dilindungi dan penyelia yang tidak memahami penggunaannya dinasihatkan tidak menyentuhnya. Melindungi dari dialihLaman juga boleh dilindungi dari dialih sahaja. Contohnya ialah apabila berlaku:
Laman perbualan pengguna yang disekatPengguna yang disekat dari menyunting masih boleh menyunting laman perbualannya sendiri. Jika dia masih menimbulkan masalah seperti serangan peribadi, maka laman perbualannya boleh dilindungi. Lindung dan nyahlindungJika anda melindungi sesuatu laman, ataupun menjumpainya, silalah senaraikannya di Wikipedia:Laman dilindungi. Nyatakan juga secara ringkas mengapa anda melindungi laman tersebut. Mana-mana penyelia boleh menyahlindungi mana-mana laman selepas beberapa lama, terutamanya jika laman perbincangan tersebut juga telah "senyap". Jika anda ingin menyahlindungi laman yang baru dilindungi, bincanglah dahulu dengan penyelia yang melindungi laman tersebut. Lihat juga |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.